Thursday, February 25, 2010

Pertandingan Catur Berpasukan Tun Syed Zaharuddin Beralih Dewan Sahaja!

Berita Terkini: Fireyrook telah menerima panggilan talipon pada malam ini jam 11.10 malam, Khamis, 25 Februari 2010 yang menyebut pertandingan catur berpasukan Tun Syed Zaharuddin ini hanya dialihkan dewan sahaja.

Oleh itu pertandingan catur ini akan masih diteruskan seperti yang dirancang iaitu 28 Februari 2010 sebelum ini namun di lokasi dewan yang baru. Pertandingan catur ini merupakan pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh pihak Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pertandingan catur ini akan terus diadakan pada hari Ahad ini bersamaan 28 Februari 2010 di Kolej KeSembilan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment