25 Oktober 2010, Tanjung Malim – Pertandingan catur Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Terbuka telah diadakan selama dua hari, 23-24 Oktober 2010 yang lalu dan telah dimenangi oleh saudara Mohd Syakir Shazmeer dengan 6.5 mata. Masa kawalan adalah satu jam setiap pemain.
Kedua jatuh kepada Mohd Saprin Sabri dengan 6 mata dan ketiga Sumant Subramaniam. Keempat diduduki oleh Mohd Faisal Zakaria (adik/abang Stonemaster) dan kelima dimenangi oleh Ahmad Fadzil Nayan dengan 5.5 mata. Saudara Kamaluddin Yusof telah memenangi kedudukan ke-6. Ke-7 dimenangi oleh saudara CM Mohd Fadli Zakaria atau lebih kenali sebagai Stonemaster. Kelapan dimenangi oleh saudari Kimberly Jane Cunanies dari Filipina. Ke-9 oleh Wong Jian Wen dan ke-10 Wan Mohd Fazli Wan Nawawi.
Bapa kepada Shazmeer, En. Azhar b Mohd Said, menduduki tempat ke-11 dengan 5 mata.
No comments:
Post a Comment