11 Jun 2010, Kangar, Perlis – Di Perlis sedang hangat berentap pasukan-pasukan catur negeri-negeri bagi sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Beberapa kategori umur dan dipecahkan lagi mengikut lelaki atau perempuan sedang dipertandingkan. Dengar khabar pasukan Kuala Lumpur lelaki dibawah 18 tahun sedang mendahului pasukan-pasukan catur negeri lain (yatzchess).
Gambar diatas adalah dari blog gilocatur yang menunjukkan pemain Selangor, Yeoh Li Tian sedang mendahului peserta lain didalam kategori umur 12 tahun.


Sementara kedudukan mata bagi setiap negeri seperti di atas bagi kategori bawah 18 tahun bagi perempuan menunjukkan negeri Sarawak adalah teratas (dari blog terengganu chess association)
Sila layari di laman-laman blog gilocatur, yatzchess, mssm2010, malaysian chess atau terengganu chess association untuk mendapat berita terkini perkembangan pertandingan catur antara negeri-negeri MSSM di Kangar, Perlis tahun 2010.
No comments:
Post a Comment